tAk seMesti bEsi Itu kerAs


Saturday, October 28, 2006

perjalanan balik ke kampung sempena hari raya..

aku..balik hari raya...sensorang jugak akhirnyer...
aku balik malam minggu...pukul satu setengah, lebih kurang gitu ler. pas pegi ambik aning and zul dari jalan TAR, aning pegi beli baju melayu untuk raya walaupun dia tak reti-reti nak posa.

memang memenatkan perjalanan balik aku kali ni. Ada problem skit with kereta kesayangan aku tu. hmm kalau dikira2, dalam 18 jam perjalanan aku dari KL ke perlis. 18 jam...ish..rekod tu. Utk aku...selalu 6 to 7 jam je....

nantila aku sambung....ada cerita yang best berkenaan kereta aku tu...

Monday, October 16, 2006

TekSi YanG BanGanG (gaya tulisan anak2 muda masa kini)

Pagi-pagi hari Senin ni memang la, ada je angin yang tak kena. Aku bangun awal gak la, lebih kurang pukul 7 gitu, terus pegi mandi. Lepas sahur tadi, aku tido kejab, pukul 6 je, cam tak leh tido pun ada gak, rasanya sebab "Ali’s Café " kot. Aku tiap2 hari lepas sahur, mesti kena segelas kopi ni. Kasi tenaga untuk siang hari. Kalau bulan tak puasa pun, aku breafast dgn kopi ni.

Mention pasal sahur, hmmm pagi tadi sahur berlaukkan sayur campur n ikan kembung goreng and ikan kembung masin. Berselera la jugak. Kira sedap jugak la aku masak sayur tu. Letak Cendawan tiram, carrot n badek jagung (jagung kecik2 tu). Ikan Kembung tu, goreng gitu2 je, malas nak pikir nak masak per. Aku beli petang semalam masa pegi beli juadah buka dgn zul kat jln raja alang. Mamat tu ajak aku pegi keramat, dia nak beli nasi ayam kat esso tu, ish, malas la aku, nak kena naik kereta lak, jalan cam jem je rasanya.

Angin tayar keta aku kurang, ish, naper ntah ler, takkan ada orang kempiskan kot, dua2 kurang lak tu. Hmm, aku drive gak pegi stesen minyak kat hujung kampung tu, dekat 1k jugak la. Sib baik angin kurang je, if angin tak de langsung, parah gak aku, tinggal ler keta jawabnyer arini. Pas pam2 tu, aku gerak la pegi opis, jalan pun clear, just my luck, lampu ijau je manjang.

And sampai satu trapik light ni, merah, so berenti la..("Merah Tandanya Berhenti"..iklan dari JKJR). Ada la satu taksi depan aku, aku ni kira 2nd car la. Tak lama kemudian, lampu ke kiri dah nyala, mmg lane tu utk ke sebelah kiri. Tapi teksi ni, buat tak tau ler plak, ish. Aku beamkan sekali, dua, dia buat tak tau jugak, aku hon kan sekali, dua kali and Ber Hon2 dari kereta yanbg berderet di belakang aku. Mamat driver teksi ni pun bukan pintu dia, kluar tangan, sib baik tak naik jari hantu, dia tunjuk dia nak ke depan (yang patut nyer dia duduk lane tengah, and lampu ke depan stil merah lagi..("Merah Tandanya Berhenti"..iklan dari JKJR).
Apa punya banggang la driver teksi tu, ni yang aku marah sangat ngan drive teksi ni, macam bagus je dorang semua tu, sesuka hati je dorang bawa teksi, cam jalan KL ni dorang punya, mentang2 la ada geng driver teksi yang banyak. So tarak takut la…

Tapi setelah letih dengar hon yang bertalu2, dia ngalah jugak, gerak jugak la mamat tu, aku pun dgn senang hatinyer (walaupun maki jugak la tadi..kurang lerrr pahala posa aku hari ni…) Aku pegi berenti stesen caltex plak, sbb pam angin situ, mmg paberet aku. Pam balik taya depan aku yang dua2 belah tu, tgk gauge pam tu, mak ai, 36psi lebih, aku selalu isi 31psi je. Sib baik pam tu auto, dia tulung buangkan angin yang lebih tu, kira dia tulung urut2kan ler tayar tu.

Arrive Opis safely.

Nak jadi cerita, BosS aku panggil, tanya mana dia punya tablet (aku bawa balik ari khamis aritu, nak measure, dia nak buat satu case yang unik for the tablet, nak masuk semua sekali in satu case and if nak pakai, just buka je, tak payah ler nak amek2 benda wayar2 dari beg and buka n sambung perbagai wayar lagi. So aku balik amek, naik LRT je, cepat ler skit. Aku ingat BoSS panggil nak gitau aper2 pasal integration or VSS ke aper ke…ish.. tgh2 chat ngan comel lak tu, jadi cam ni, majuk ler plak minah tu, ari ni la baru dapat chat (dalam YM), aku plak terpaksa pegi. Ish-ish..

("Aku naik LRT, aku balik rumah. Aku ambek, aku naik lrt , aku sampai opis balik, aku bagi kat bos. Aku balik ke tempat aku. End.")

Thursday, October 12, 2006

Ceritera oleh Comel mengenai kejadian Kancilnyer.

Ceriteranya....
Eksiden telah berlaku di Bentong, kat tempat pulis Bentong wat roadblok slalu tue.. Tuan nya kete, tido dengan beauty nya, tetiba bunyi n rasa cam belanggar sumting. Bukak mata n terus bukak pintu.. Kancil melanggar seekor wira yang berenti lama ntah sembang pe ngan pulis (claim akak yang drive).

Aduh, skali tengok rasa berdebar gak ati den. Tak sampi 5 bulan si kancil boleh berjalan, boleh berlari, tetiba jadi cenggini.. Lebih kurang 5 minit, baru gerak ke tepi jalan, bahu jalan yang takde bahu, so pegi la atas rumput..

Cubalah kol si dia, tapi tak berangkat, naik letih henpon buruk redial.. Bincang2 ngan abang kete depan. Kete dia x teruk mana, bumper je yang memang kene beli lain or tak payah pakai bumper, tapi adake kete x pakai bumper, mesti nampak pelik...

Pulis pun x campur tangan walau pun dah tetentu la dia saksi, kan suma jadik depan mata kepala dia. X tau la kalu dia paling ke lain masa tue.. Katanya, kalu nak report, g balai, kalu idak setel sini, x pun g bengkel terus.. Aduh, cakap memang ler senang. Akak yang drive dah tetentu tak senang duduk, eden si tuan pemilik kancil yang masih share ngan bank muamalat nieh lagi la teruk, ngantuk n lapar suma dah hilang ke mana, rasanya terbang bersama duit yang bakal melayang kot...

Confuse, kalu nak claim insurans, kete kene tow, nak balik besut nie, jauh g, 6 jam g, gpun raya nak dekat, nak balik raya naik bus ke?? Alahai... Macam2 nak pikir, nak mintak 2nd opinion pun kenot, orang tue tido mati, sib baik la tido je mati, pastue leh idup balik.. Lastly setel je la terus, bayar abang kete wira RM 100. Banyak gak tue, kalu beli rokok leh dapat berkotak-kotak, kalu isap satu hari secara non-stop pun x abis lagi kot.. Leh isap lagi balance dia esok plak...

Then drive la, sambung perjalanan, singgah makan kat R&R Gua Musang. Then isi minyak kat Shell Kuala Krai, nak dijadikan cite, mamat yang isi minyak lupa nak pasang smula tank fuel cap.. Kiranya dari Krai sampai Jerteh memang terbukak je la menatang tue.

Aiseh.... sudah jatuh ditimpa tangga, sib baik tangga tue takde orang, kalu ada orang lagi lah sakit, lagi lah tambah sakit kalu orang tue badan cam tayar, sakit berganda2.. Nasib baik sket jek sebab all d way, tak ujan, kalu idak, lagi banyakla sakit kepala eden, poket pun sakit gak.. Tengok resit tadi, nak kol stesen minyak, nak cakap ngan manager tapi malangnya takde no fon, alamat je ada. Kalu dekat, maunya eden gi stesen minyak, bebel kat mamat tue lapan belas hari lapan belas malam, tapi jauh ngat, almost 2 hours.. Tak berbaloi!!!

Esok den gi kedai spare part, menatang nama tank fuel cap cuma RM 8, tak la mahal, tapi kalu gi pasar ramadhan, leh dapat 8 keping murtabak, leh makan murtabak sampi muntah tue.. Yang lelain cuma survey harga je, signal lamp (RM 28 je), lampu besar yang retak tue (mahal giler, nak pengsan rasa dengar). Lampu nie suma dijual sebijik-sebijik, bukan sepasang. Tak kuasa rasanya nak tukar, tapi takkan nak pakai lampu retak cenggitu, tak selamat tau.

Singgah tanya kat abang kedai dobi, kedai ketuk kete, nak pebetul bonet depan yang pelik semacam tue, sebelah umah dia ada bengkel katanya. Gi survey tadi, cuma RM 80 je. Ok lah, esok lusa gi antar la, siap pun cepat je janji mekanik tadi. Kalu antar pagi, petang leh amek ; kalu antar petang, sok paginya leh amek, tapi bukan amek saja2 jek, bayar la baru leh amek.. Kene gi cakap ngan dinding yang leh kuarkan duit dulu la gamaknya... ini lah kisah surprise yang surprise....(by Comel)

Wednesday, October 11, 2006

Semalam aku ngular lagi, kluar pegi mejalankan berbagai2 misi. Tahap ngantuk aku tak seberapa sangat la semalam, tapi dengan ada nyer misi ni, aku tak de la nak tido sangat. Tido2 bulan posa ni, tak elok, banyak tido sangat kang, letih jugak, letih tido.

So misi aku yang pertama ialah pegi bayar duit kereta kancil. Amek duit dulu, comel dah transfer masuk ak aku dulu, duit ia la, bukan duit aku. Dah kereta dia. Kereta dia ni lah yang aku jeng jeng kan semalam. Kan dia tavel balik hari sabtu ari tu, dengan kawan2 dia lagi tiga orang, kira bakal2 guru la semua nie. Kawan dia yang bawa. Kat Bentong , Pahang tu, tempat tu mmg selalu ada block, polis rajin sungguh buat block kat situ, naper ntah, nak cek aper tak tau la.

Kat situ la, kancil tu sudah terlanggar kereta depan, ish ish ish, depan2 polis plak tu. Camaner pun tak pasti la, terus la kancil ut dah pecah la dia punyer lampu depan n lampu kecik kat bawah tu, signal dia kot. Hud pun terangakat skit, ish, klu cam gitu, laju gak ler tu. Padahal tgh Q nak kena cek dek polis tu. Aduhai, camner la jadi, kereta baru tu, fah namanyer pun xcdnt, cian comel. Parah kereta dia.

Tapi setel luar je lah, tak de la buat polis2 repot bagai..bayar kat driver kereta depan tu seratus (bumper kereta dia dah koyak kena cium dek kancil) and kancil tu, kena la repair sendiri. Adusss, mmg la terasa ralat sangat, maklumlah kereta baru, tapi terima je lah ketentuanNya.
Pas kejadian tu, dorang pun teruskan perjalanan balik ke maktab kat Besut.

Nak dijadikan cerita lagi, tambah la luck yang tak berapa baik pada kancil tu, pas isi minyak kat kuala krai tu, tutup tank minyak plak tak di letakkan balik oleh pump attenden kat situ. Tutup tempat minyak tu pun tak di tutup nyer. Dorang2 dalam kereta ni, tak perasan la, maybe tauma pa xcdnt tadi ko, sampai kat maktab baru lacomel perasan. Sib baik la tak hujan, if ujan, abih la, kancil pakai petrol cmapur air la plak, lagi ler nak kena overhaul enjin la plak kang. Ish, nasib baik la.

Dah tertulis, nak marah pn tak guna, cuma nanti beringat je lah. Buang segala2 benda yang tak berapa baik tu jauh2.

Ok, aku bayar ansuran kereta, dapat la sampul duit raya, kaler oren, mentang2 la warna koperat. Satu je bagi, aku bayar 300 tau, kira banyak jugak tu, tapi satu plastik je sampul duit raya dikasinyer. Teller tu kata, arahan, pihak atasan, bagi satu customer, satu je sampul. Tak kisah la, tapi aku kata la kat teller tu, nanti pas raya, bertimbun2 lagi sampul tu, pastu buang je, sbb tahun depan, dah tukar plak kaler koperat. Tapi lantak dorang la, tu hak dorang.

Tuesday, October 10, 2006

Alamak!!!.. Poket Kosong

Raya dah dekat, puasa tingal dua minggu je. Pejam celik je, dah sehari, pejam celik dah setel seminggu, pejam celik sekali lagi, dah nak raya. Pejam, pejam jugak, jgn tak celik2 dah le.

Musykil aku tahun ni, aku rasa, patut nyer aku punya giliran bawa anak2 aku pulang beraya di kampung aku nu jauh disana, tapi mengikut kata janda (or in mellow word, bekas isteri, berbekas dah ke??),tahun ni giliran dia plak beraya dengan anak2 aku yang dua orang tu. Hmm, tapi mengikut gambar2 raya aku tahun lepas, aku rasa, aku raya sensorang kat kampung aku tahun lepas ni.. hmmm nak kena gaduh gak ler pas ni. Nak kena kol la si janda berhias (walu pun bukan real janda berhias, tapi klu tengok, perghh mekap ngalah kan artis, kira berhias ler tu (ish, aku ngumpat ke ni…), berbincang bebaik dengan dia. Dia kata dia dah ada jadual pe ntah. Takper nanti aku setelkan.

Ok, semalam aku pegi la ke danau, (danau kota, bukan danau toba (btw, danau toba or lake toba tu adalah lubang yang terhasil dari letupan gunung berapi kira2 75,000 tahun lepas (tgk la NATGeo klu tak percaya). Sebab aku pegi ke danau, bukan nak pegi melawat "UPTOWN" or "BAZARIA LARUT MALAM DBKL", tapi pegi jengok si sorang kawan dari singapore, dia datang sorang, selalu dia turun with abg besar dia and sorang bodigad, tapi kali ni turun sorang, sebab abg besar n bodigad dia tu, tak leh kluar dari kota singa tu, klu kluar, maunyer singa makan kepala dorang.

Dia turun sebab nak masukkan vokal ke lagu dia, lagu yang di rakam pada beberapa bulan lepas. Studio yang aku citer dulu tu, studio SINAR, cik mus punyer. Semalam, si A ni sampai ke PUDU, dia naik bas dari kota singa, dan ada la orang amek dia. Aku jumpa dia kat area kedai kayu kat danau tu, pas aku dapat parking keter, sebab sesak sangat la situ, danau tu, ramai orang datang berjalan2 larut malam.

Jumpa ler si A ni and brader yang amek dia kat pudu tgh sembang2 tapi dah abis makan. Aku bayar kan bil dorang (sbb tak mahal, tu yang aku bayar tu, hahahahahahah, tak sampai 10 ringgit pun) Pas bayar, pegi studio, lepak2 sembang2 jab, pastu around pukul 1 pagi tu, cik bandi amuk datang, dialah yang membuat lirik for lagu si A ni. Dengar la dia nyanyi jab, dua tiga lagu, nyanyi utk guide je, bukan betul2 nyanyi pun. (YEA YEAH…!!!!) And dia tak pakai ler topeng dia tu, awek aku tanya malam tadi, pas aku citer jumpa bandi amuk…"Dia pakai topeng ke tak….??"..ish..takkan ler nak bertopeng sepanjang masa. Maunyer berbintat muka.

Tapi aku dah ngantuk, aku balik ler pas tu, dalam kul2 tu.Tapi sampairumah plak, takut lak aku nak tido, takut tak terbangun sahur plak, rugi je masakan aku malam tadi. Aku masak Ayam masak halia and udang masak kunyit (ala, yang aku beli aritu tu…), 1st time dalam jangkamasa yang lama, aku masak lauk yang spesial la skit, kira lain dari sardin, telur dadar n ikan sepat/kembong masin je.

Dalam kul 4 tu, kawan aku si Zul ni bangun sbb kena serangan pijat (rumah aku ada pijat yang banyak, kira cam sarang pijat seluruh KL ler kot.) Aku panaskan lauk n goreng ikan sepat (ni tak leh tinggal, pembuka selera ni) then aku kejutkan kengkawan xcept sorang ni sbb mmg tahu dia ni tak reti2 nak posa. Makan2, comel kol utk kejutkan aku, tapi aku dah bangun (tak tido pun) dia pun bangun sahur la, awal plak dia ari ni, selalunyer dlaam kul 5 baru bangun.

Pas makan2 tu, tunggu subuh, pastu tido. Rehatkan badan yang tak rehat2, tak "temporary shut down" sejak semalam pun. Hmm, aku ada terima email, cerita pasal fenomena "kena tindih hantu", kira macam klu korang terasa macam kena tindih oleh sesuatu yang ghaib pada malam hari. Hmmm penah ke terasa begitu..?? Nanti la aku cutn paste je email tu kat sini..(wahahahahhahahahah)

Oooo..lagi satu, comel dah balik ke Besut ari sabtu aritu seperti yang di janji kan..and sumthing happen kat bentong…..jeng jeng….

Friday, October 06, 2006

Supriseeeeeeeeeeee!!!!

Cerita pasal Nasi goreng aku tu blum abis, citer kelmarin (cakap orang2 sebelah tengah and selatan, yang semalam adalah yesterday, and kelmarin=day b4 yesterday) or kelmarin dulu (bagi orang2 yang kat utara and maybe timur, yang kelmarin=yesterday and kermarin dulu=day b4 yesterday) Kira malam 4hb Sepuluh Dua ribu Enam.

Malam tu pas buka posa, aku solat magrib, then lepak2 tgk tv. Tak mandi pun laig, sbb kekenyangan yang moderate (cam API plak). So sambil lepak tu, aku buat la kerjatangan aku. Tup2 dengar bunyi orang ketuk pintu, aning ada kat luar, tapi lama sangat ketukan pintunyer tapi tak plak aning buka pintu, mmg aning jarang dibuka pintu if ada orang ketuk, sebab selalunyer orang yang ketuk rumah aku tu adalah Geng2 tabligh, yang datang ajak turun pegi surau kat bawah dengar ceramah.

Aku kat dalam bilik masa tu, dah lama sangat ketukan nyer tu, aku pun kluar la, dgn boxer je tapi aku ambik la towel, kunun nak kaver badan aku ler. Aning jengok2 keluar dari tingkap dapur, tapi tka de nampak saper pun, diap un pakai boxer je, pakaian rasmi rumah aku tu. So aku tanya ler.. "Siapa…Siapa…", tapi tka de la berjawab. Aku buka je pintu…tgk2, comel tercegat kat depan pintu aku.

Comel yang merajuk ngan aku minggu ni, dah terpacul kat depan pintu rumah aku. Drive dari Besut, ke KL for weekend. Waaaa….cam nak terjun bangunan je aku kehepian. Yelah, tak sangka lak comel sampai kat depan pintu. Tanpa apa2 pengetahuan kepada aku. TERUJA=excited aku. Thanks you comel. Aku just berharap agar dia kol aku, msg ke aper ke, so dah kira berdamai la tu..tapi ni..dah sampai ke depan aku sendiri, mmg damai yang
abadi la. Sib baik dengar orang solat terawih dari surau bawah, and aku pun pakai boxer je, if tak mau gak aku peluk2 cium comel kat situ. Sabar, bulan mulia kan nie..kawal nafsu.

Hmm dah baik, suka sangat aku…SUKA…teruja dan berbagai2 perasaan lagi…kira hepi ler tu. Sembang2 jab, kat pintu. Anng jerit dari dalam, masa aku buka pintu tu, dia kat dapur lagi, jengok gak la dia nak tgk saper yang datang. Aku masuk pakai baju n sluar, kluar pegi makan kat keramat. Tempat IKAN besar yang dem n perut makan dulu tu…Then antar dia pegi Shah Alam kat rumah liza. Dia lepak situ, semasa cuti2 sampai esok. Dia balik ke Besut.

Thursday, October 05, 2006

Hai Obat hai Obat, mari beli Obat...

Kan aku dah kata, tak semestinyer panas sentiasa, (ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan ditengahari..) Ari isnin ari tu aku bangun denga cuaca yangbegitu baik sekali, seperti yang kau ceritakan, tapi sejak hari selasa, aku bangun, tgk kl macam kawasan kebakaran, asap je sekeliling kota, jerebu yang teruk. Macam asap, tapi nasib baik baunyer tak teruk cam bau asap.

API (Air Pollutant Index=Indek Pencemaran Udara) kat kl ialah 87(pada 4th Oct 2006), which is moderate tapi moderate2 pun, klu tgk kl tower dari rumah aku, mmg tak nampak. Aku buka pintu rumah aku, patutnyer nampak AKLEH, tapi tak nampak jugak. Kira jarak pengelihatan ialah tak sampai 1km.

Semalam aku cakap nak pegi ambik ubat kat HUKM. So dalam kul 11.30 pagi tu, aku kluar, pegi HUKM, ambik ubat. (Thanks to you Puan Farmasi, yang ngandung 7 bulan, baby pompuan katanya, patut la muka dia nampak berseri2 semacam je). Dapat ler ubat batuk n ubat selsema n ubat tahan sakit. Stok untuk tiga tahun katanya.

Pas ambik ubat tu aku merayap pegi ke TESCO ampang (orang kata TESCO patut boikot, tapi penuh je orang and ramai gak budak2 kita yang kerja situ, so biarlah, pintu rezeki dorang gak). Hajat dihati , nak pegi beli tong air for bilik air rumah aku tu.

Tuan rumah aku dah ambik balik dia punyer tempayan/"guri" teracotta, ntah aper yang best tak tau ler.. tapi macam antik je benda tu, mmg klasik la, kat rumah aku kat kampung pun ada gak la dua tiga cam gitu, yang lama2 punyer tempayan tak macam skrg punyer, ada seni dia. Nanti la ada masa aku ambik la gambar tempayan tu.

Jenjalan kat TESCO tu, takde orang lagi, awal lagi la masa tu, lebih kurang kul 12 gitu, sronok ler aku merayap dalam tu, selesa, pusing tiap aisle. Jeling2 satu awek ni, aku pusing sini, dia ada, aku pusing sana, dia ada (dah keja kat situ, tukang kira stok kot) Last2 aku jeling la tag nama dia, Wahida, hmm nama cam penyanyi ..Muka pun orait la… buleh tahan cute jugak la..Tapi aku buat tak reti je lah, aku teruskan lah dengan pemerayapan aku kat store tu.

Last 2, aku jumpa la tong yang aku nak cari tu, setelah berpusing2 tgk2 barang yang banyak kat store tu (dah nama pun hypermarket) And kat situ jugak ada si wahida ni tgh cek barang aperntah, hmmm peluang, aku pun apa lagi, pegi kat blkg dia, pelan2 aku panggil nama dia, "Cik Wahida…ooo Cik Wahida,…"..
Dia punyer jeling….Tapi ramah la dia, keja TESCO, biasa la, kena ramah..Aku tanya pasal tong tu, ada lagi besar ke tak de..hahahaha ok ler dapat gak aku tegur Cik Wahida tu. Dah setel sembang2 n dia bagi tau dengan ramahnyer, aku pun pusing2 lagi.

Beli ayam lah, udang la skit, sayur skit, barang kering skit, rempah2 skit, then aku pun gerak la balik, orang dah mula nak ramai, dekat kul satu lebih baru aku kluar. Time nak bayar tu, ada sepasang African kat depan, aper kes pun tak tau, lamabat sangat, barang dia amek takde barcode kot, tapi aku malas nak ambik peduli, lepak je kat tepi tu, sambil mata tgk2 barang n orang. Dah pukul satu, orang dah kluar ofis, pegi shop2, ada la gak yang menarik..

Sesekali jeling gak la kat counter tu, sbb lembab sangat, n suwey aku sekali sbb time aku tgk tu, minah african tu, yang pakai baju sleveless tgh angkat tangan, nampak ler ketiak yang ada, ish..tapi cam rambut dia gak ler..jenis pusing2 tu..hahahahah persal la tak shave pun tatau..
Pas aku bayar2, aku belah la, balik ke opis semula. Bawak barang2 basah tu, masuk fridge kat opis aku, kat rumah aku tak de petiais, so aku tinggal la barang yang aku tak nak masak tu kat opis dulu.

And balik rumah tu, aku masak nasi goreng n goreng ayam skit. Jerry, section head aku, bagi satu burger king "whooper". Tapi masa buka posa tu, aku makan kue gak la, tak leh tinggal kue, mmg aku suka lagi berbuka posa dgn kue je. Pastu aku makan skit nasi goreng yang aku goreng, ada sayur, ada ayam. Dah jadi cam nasi goreng minang plak. Telur masak kicap aku semalam tu ada semacam bau skit, so aku buang kuah dia, aku goreng je telur dia balik, orait je jadinyer. Pastu buker dah keletihan sbb makan la plak…Tapi solat jgn lupa…

Wednesday, October 04, 2006

Telur Masak Kicap....

Semalam aku masak lauk, telur masak kicap…and goreng ikan kering (sepat n kembong) for sahur la, konon. Kerol masak nasi, tapi…sorang pun tak bangun. Satu kejadian yang aku dah agak, sebab aku dah dua tiga malam tak bangun pukul empat, so aku dah makan la dalam kul 11 tu nasi, lapar tu, mana taknyer, time buker, aku makan kue lopez n murtabak je. Beli pun skit la, takde la mebazir macam2 beli.

Aku tertidor kat depan, atas sofa, tv pun tak tutup2. Sedar2, dah pukul 6 suku gitu, terus bangun, subuh n tido balik kat katil aku. Aku terjaga pukul 7.30 pagi, alarm hpon aku bunyi, tadi tak de lak dengar bunyi masa ku l4.30 tadi, aku dah setkan jugak. Tpi dekat2 kul 8 baru bangun betul2, utk pergi kerja (yang tak de keja pun sangat)

Ish, cian masakan aku tu, tak de orang makan, nasi pun tak terusik pun. Takper, nasi tu buleh di goreng kan petang kan, telur masak kicap tu, aku rasa ok lagi.

Kang petang beli sayur skit utk goreng nasi dan satu slice tenggiri jeruk, kira buleh buat nasi goreng ikan masin ler…

Tuesday, October 03, 2006

Hari yang panas Tak bererti ak Hujan pada Malamnyer....

Semalam, hari yang cukup baik dan cantik. Matahari dah memancar, cerah. Pukul 7.30 pagi. Tiada tanda-tanda hari mendung langsung. Cukup cerah, dah lama aku tak tengok hari yang secerah tu. Bangun pagi pun dengan perasaan yang cergas dan cerdas.

Langit yang biru, awan berarak putih warnanya. Matahari memancar sinarnya tanpa terselindung. Menyerlahkan cahaya kehidupan.

Tapi seperti biasa, langit yang cerah jangan disangka tiada hujan…(betul ke tidak ntah ler..) tak pun.."panas tak sampai ke petang.." tapi semalam bukan smapai ke petang je, sampai kemalam, malam yang betul dah lewat malam…tapi tak de la matahari pada setelah magribnyer, lepas berbuka, klu ada lagi matahari kat langit, tak berbuka ler kita-kita yang ada kat kawasan sini..

Malam tadi hujan dengan lebatnyer…kira cam balas dendam la…sbb dah bagi hari yang cerah n langit yang tiada mendungnya. Lebat, aku lak ngantuk, samnbil tgk tv, sambil buat kerjatangan kulit aku..Dah la lapar plak, sbb buka dghn kue2 je. So aku tunggu hujan reda, pastu turun pegi beli, sup ekor. And ikan kembong masak pedas and standard, telur dadar. Makan ngan aning, housemate aku.

Hmm tido pun lewat, kul pat pagi. Hari ni aku tido kat opis ni..kira lama la jugak, 12.30 sampai ke 15.30….lama tu…tiga jam…hahahahah lega, ilang ngantuk. Tido atas meja dalam bilik depan meja aku nie. Bilik astt. Manager yang dah berenti lama dah dulu.

Pas bangun, solat zuhur, pastu lepak2 jab, dah masuk asar. Solat asa lak, then aku peig jenajlan ke ampang park. Hahahahhahaha tgk orang blaik kerja, ada la nampak sorang awek tu, perghh ok la jugak, cute. Jeling gak ler kat aku, tpai tak pasti la jeling kat aku ke jeling kat akak opis aku yang bersama2 jalan ke LRT station ngan aku. kALAU ADA jODOH tAK kEMANA. .tak per tunggu..

Aku beli sardin dua tin and telur 10 biji. Ingat nak pegi beli ubat batuk, tapi esok jelah aku pegi ambik kat spital, ubat spital lagi power. Harap2 umi ada lagi kat spital tu, tak bersalin lagi.

sELAMAT LAH BERUKA. Bila ntah ada orang tu nak sedar..SEDAR.....Ego sangat ke....EGO aper ek...

Monday, October 02, 2006

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum,
Seminggu sudah RAmadhan menjelma, dah seminggu juga aku berpuasa, ish, puasa pada ertikatanya, menahan lapar dan dahaga dan juga perbuatan2 yang menjolok mata. Tapi, bulan puasa juga banyak la pancaroba, banyak ujiannya. Letih gak posa ni walau pun dah tua-tua nie...letih dari segi lain plak.

Selalunya, aku berbuka di rumah, beli je kat bawah rumah aku tu, Kg Baru, tumpuan orang seantero kl utk beli belah, raja alang tu sepelaung je...(kat kuil singh yang terbakar dua tiga malam lepas) tapi aku selalu beli kat bawah je...banyak juadah2 yang lazat2 (time beli tu semua nampak lazat, SEMUA)...hatta orang yang pegi beli pun nampak lazat2 je...tu la..mata aku dalam bulan posa ni..macam mata superman...nampak je..yang terlarang. ish...

Orang pompuan ni pun satu, dah tau bulan posa, jgn la pakai pakaian yang menjolok mata sangat, sakit je mata aku meNENgoknyer (yelah, dah kena jolok...mana tak sakitnyer.....
(tengok juga, aku juga yang salah sebenarnyer..saper suh aku tgk...alihkan matamu dari pandangan yang haram).

TAk per la,camner pun aku dah seminggu selamat menjalani ibadah puasa, subuh pun tak de la kekadang terlajak dah.. sebab aku stay tunggu subuh dulu, then tido jab, then baru pegi keja. Bangun kul 4 for sahur, beli je kat bawah, kekadang bungkus, kekadang makan kat kedai je. (pukul empat pun ramai manusia lagi cari makan, (bulan puasa ke tak puasa ke..sama je.. time2 orang balik club...tapi bulan posa ni..kurang ler skit...kot, kurang..bukanyer takde..yang pegi mengkelap) tapi selalu, makanan pun tinggal skit2 je..tapi ada lah, cukup la makan)

Aku puasa weh...so kena grace period la dulu dalam seminggu befor menulis...kekadang kang, silap tulis, jadi mengumpat lak...so kena bebaik..tenangkan fikiran.

terima kasih kepada semua, SELAMAT BERPUASA, lagi tiga minggu...