tAk seMesti bEsi Itu kerAs


Monday, September 18, 2006

Juara!!!

Perlis juara lagi sekali, pergh.. setelah tiga tahun berturut2 masuk final piala malaysia! Menang dalam perlawanan dgn Kedah pada 2004, with the gol yang kontraversiajaib, "Hand of Jurad", bola throw-in yang terus in kedalam gawang gol Kedah. Kena kutuk teruk, tapi, menang tetap menang. Bola baling lah, bola tampar lah, tapi tak PEDULI, memang tetap menang, and last year kalah dengan Selangor (Indon), yang ada pemain Indon dua orang dan ramai penyokong Selangor versi Indon. Kena berapa, aku tak ingat la.

Tapi tahun ni, 2006, perlis sekali lagi melangkah ke kancah perlawanan akhir Piala Malaysia, and telah menjadi JUARA dengan menewaskan N9. 2 gol berbalas 1, and ketiga2 gol ni adalah bukan dari orang malaysia pun....funny (TAPI tetap perlis Juara)

AKu pegi ambik anak aku petang tu, dari Lenggeng. Bawa dorang pegi tgk bola, pakai baju kaler merah (kaler N9) lagi budak2 dua orang tu. Kengkawan dari kampung aku datang, and dapat la tiket free satu, masuk pun dha kul 7, ujan n jln pun jem skit. Suka si faiz n sofea dalam stadium, orang tepuk, dorangp un tepuk. Heppi dapat masuk stadium n tgk orang yang ramai2. Faiz lagi la, siap berdendang, berjoget ikut irama gendang yang dipalu. Dan terus je cakap perlis..hahahahaha.."ayah nak ayaq..." sebab duduk kat kawasan penyokong perlis, and perlis mendahului...

Abis habis bola tu, balik terus ke rumah, ngantuk kot budak2 tu, dah kul 11 lebih, tido dalam keta tapi sampai rumah, tak terus tido gak, sembang2 ngan Unkel Itam n zul kat rumah plak, citer pasal dorang pegi tgk bola n citer perlis menang.

Faiz: "Perlis menang piala dunia.." memberitahu kepada Unkel Itam...Sofea: " Besar ni..." sambil mengambarkan kebesaran piala itu dengan mendepa tangannya yang masih kecil tu. Suka and gembira, itu yang tergambar, dan aku rasa bukan kerana Perlis juara, tapi kerana dapat bersama-sama dengan ribuan manusia di dalam stadium, dan merasai suasana stadium.

Sofea, pukul 2 lebih baru tido....faiz dah awal lagi, sibuk panas la apa lah, tido tak berbaju dia malam tu.

Perlis Juara Piala Malaysia.





KUALA LUMPUR 16 Sept. - Perlis menjulang trofi kejohanan bola sepak Piala Malaysia buat kali kedua dalam sejarah pertandingan itu selepas menewaskan Negeri Sembilan Naza 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini malam ini.

Kali terakhir Perlis menjuarai kejohanan berprestij itu ialah pada kempen edisi 2004 dengan menewaskan Kedah 1-0 di stadium yang sama.
Dua gol skuad kendalian jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim itu dijaringkan oleh dua pemain import dari Zambia, Philimon Chipeta dan Zacharia Simukonda, masing-masing pada minit keempat dan 76.
Sementara gol NS Naza dijaringkan oleh penjaring terbanyak mereka dari Cameroon, Christian Bekamengo pada minit ke-82.

Di hadapan kira-kira 40,000 penonton, Chipeta menanduk masuk gol pembukaan hasil bola lontaran ke dalam oleh pemain tengah, Adrian Jurad Chamrong dari sebelah kiri gawang Negeri Sembilan.
Bola tandukan Chipeta mengenai tiang gol sebelum menerjah jaring, sekali gus menewaskan penjaga gol NS Naza, Azizon Kadir.

Lontaran bola oleh Adrian yang menghasilkan gol itu dianggap 'ulangan' kepada gol Perlis sewaktu menentang Kedah pada perlawanan akhir 2004 itu.
Semasa perlawanan tersebut, Adrian melontar bola ke tengah gawang Kedah yang terus menerjah jaring tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.
Adrian turut mencipta gol kedua skuad naib juara Piala FA itu musim ini. Bola sepakan percumanya dari jarak 30 meter terus ditanduk masuk Simukonda.

Monday, September 11, 2006

kembali ke Temasek...

Ari ni aku kerja, bangun lambat gak despite comel dah kol aku pukul 7.45 pagi suh bangun pegi keja. Tapi sedar2, aning lak yang kejut. " Ehem2 (ni nama aku ler), ko tak keja ke arini??". Soalan dia if dia kejut kan aku. Camner aku tertido balik lepas comel kol aku tu balik pun aku tak pasti. Kul 8.25 dah masa tu.Bangun terus la. pegi mandi....siap2 pegi keja.


BTW, semalam masa aku balik, terkejut gak aku, ingatkan dah salah rumah, tgk2 ada lak sofa set kat ruang tamu rumah aku, dgn aning yang sedang duduk bersenang lenang tgk tv. Pergh, si mat imegresen tu belikan, dari rumah atas, murah je, 2nd. Dalam 280 gitu harganyer, tapi cantik lagi. Si deb yang rasmikan tido atas sofa tu, (dia kena tinggal kat rumah aku lagi malam tadi sebab tak de tiket utk balik ke negeri dia)

And dah la citer pasal sofa tu,so dalam tgh ari aku pegi ler antar si deb, dem and perut pegi ke pudu, masing2 nak amek bas balik negeri. Si deb yang tido umah aku tu, amek lrt dari kg baru, ke ampang park, kat opis aku, memula dia nak tunggu kat stesen je, aku pikup, tapi ada miscommunication lak, aku terus je ke stesen, tapi dia dah sampai ke bawah opis aku, sib baik dengar dia jerit, terpaksa la aku pusing seround.

Pegi ke pudu, and aku rasa la, sempena kedatangan cik miero ke kl nie, (cik miero ni dari negeri dibawah bayu) ramai orang2 kl dah ikut pesen rambut dia. Kat pudu je dah tiga orang yang berambut cam dia. Serius, klu tak sungguh aku tak kata, klu tak tumbuh tak melata. Jgn marah ek cik miero. Your rambut is cantik sekali, Cam megi. Cik miero yang baik hati and soft spoken lady. (lady tau dia nie). Betul la sempena kedatangan dia ke KL ni.

Pas beli2 tiket tu, kita orang berempat, pegi le lunch kat gerai dlm pudu tu, aku tak makan, takut gemok. Tgk "aku" dalam video yang dem amek tu, pegh macam di pam2 lak aku. Tak leh jadi nie, kena jaga makan, kang cam ne la awek2 Marlboro tu nak berkenan kat aku lak. (Jgn marah ek!)

Dah, antar dah dua orang tu kembali ke Tumasek, balik kenegeri dia, moga2 ada umur panjang, ada sumur diladang, kita berjumpa lagi.

Pas tu, aku ngan deb (deb amek bas kul 4 ptg, dia ke negeri Hang tuah je). Pegi cari barang kat kedai barang. Tapi aku ditingglakan kesorangan kat kedai barang tu, sebab deb nak pegi membuang barang. Pas beli barang, aku pun pulang la ke pejabat aku yang di sini. (Boring la gila ari ni, cam mendung je kepla otak fikiran aku) comel ntah kemana lak, tak reti2 nak kol aku kot. (Takper, sayangkan aku, tinggal2kan)

Besi...a matter of life and death (iron maiden's latest)

Friday, September 08, 2006

seni skit ari nie...

Tak Malukah Mereka

I
Santapan syurga dunia
Nafas nafsu bergelora
Segala sendi diteroka
Sekujur tubuh diperkosa

II
Mereka hanyut dibuai nafsu
Aku yang melihat terharu
Aku yang memandang terpaku
Aku yang menjadi layu

III
Meratah rakus bagai binatang
Mata buas tak lepas memandang
Dan tiada siapa yang datang menghalang
Hidup noda syurga yang terlarang

IV
Tak malukah mereka
Tak sanggup lagi aku melihat
Membentangkan badan yang terbuka.
Mebuntangkan mata mereka yang dilihat

V
Dan diperlakukan seperti haiwan
Dan juga melakukan seperti binatang
Mejelikkan rongga fikiran
Yang terdorong dengan kehinaan
Tak malukah mereka
Tak malukah mukanya

Pandai_besi
5-9-2006

kereta aku dah dinaik taraf....

Semalam aku pegi ambik kereta aku yang dihatanr dua minggu lepas. Pegi petang pas balik kerja, tumpang kawn opis aku, MNY. Dia lalu kat situ, so dia antar. Kat area giant batu caves tu...taman samudra. Jauh giler aku antar keta, tapi kengkawan nyer bengkel, tak per la jauh pun.

Upgrade ler kunun nyer padahal, aku punyer keta tu dah sepuluj tahun lebih, mmg patut kena top overhaul, sib baik tka kena major oh, klu tak..lagi parah poket. Dah berasa cam motobot lak keta aku tu. Bau asap keta, padahal tingkap semua tutup. Bahaya, buleh memudaratkan tu. So hantar ler pegi buat top oh.Budget lebih kurang 400 tapi dah buka enjin tu, seketul bawa keluar, pomen tu kata elok aku tukar piston ring sekali, and timing belt sekali. Hmm, mengikut kata kawna aku, if pomen ni dah kata benda tu kena tukar, baik tukar, sebab pomen ni mmg power bab enjin ni. So tukar lah semua nyer, parah la poket aku..800 lebih..tapi takper..janji kereta berjaga enjin nyer, buatnyer jem tgh2 hiway ke aper ke...lagi naya.

So lepas ini, macam baru la enjin tu walau kereta aku tu nampak tak berapa nak cantik sangat la. Tapi tunggu...pelan2 aku bikin kasi cantik la skit, walau tak cantik cam keta baru.

Hmm...so dah naik taraf la kereta aku, sebelum ni, evo 9.5, so sekarang jadi Evo 9.5.1. Berdesup la pas nie...

Monday, September 04, 2006

Rumah Kak CT di Kg BAru terbakar.


Ari ahad, 3-9-2006, aku tgh tgk2 tv kot, tup2 dengar siren bomba, so aku tgk ler kat luar, n nampak ler asa p dari kejauhan, wa, ni cam dekat umah kak ct ni aku kata, so aku kol ler dia, hahahaha dia otw blaik, mmg ler rumah dia yang terbakar, so aku pun ajak ler si deb yang tido umah aku malam tadi, pegi ke tempat kejadian.

Ada la kak ct kat situ, tapi masa aku sampi tu, kebakaran dah terkawal oleh pihak bomba. Tgk2 ke la yang buleh aku buat, nak tulung aper lagi. Hmm abis rumah nyer, ada tiga rumah kat situ, kira cam rumah teres tiga pintu la. Cian dorang, ada kaka yang rumah sebelah tu, birthday dia aritu. Nak selebret la malam tu, tup2 rumah terbakar lak. MAsuk dalam berita TV3 semalam. TAkde lak muka aku kuar tv, ish..tapi kluar kat blog ni pun ok gak. (GAmbar sebelah=aku sedang tulung tgk kebakaran).

deb dah tunang...

debong dah tunang...dah kena ikat sebelah kaki dah tu...sakaratulmaut (nick name yang manja tu) hmm pada 2hb 9 2006 aritu maka termateri lah dua hati pasangan deb n akma. PErgh, nama manja tul la tunang dia. ( cam nama pelajar af3 dulu)

ari jumaatari tu aku pegi la ke taiping, pegi cepat skit dari family deb yang lain, sebab mamat ni nak pegi dating2 dulu, sib baik dia belanja bilik hotel, so aku leh lepak kat hotel tu je..
pukul 11 pagi tolak dari kl, aku ,deb and adik dia sorang. dalam kul 3 ke 4 ke dah sampi ke taiping. Aku tka de la penah pegi ke taiping nie, lalu je ada ler tu pun ikut hiway, nampak je nama taiping tu.

duduk kat hotel lagenda...depan sekolah rendah king edward ( klu tak salah aku lah, ni skolah kawan aku,budak taiping yang sekarang jadi manager kat maybank.) so sementara si deb ni pegi dating ngan tunang dia, aku apa lagi ambik kesempatan tido dengan penuh ke"syok"kan ler... tido kat bilik ada aircon..perghhh sedap je tido.

Esok nye, dalam kul 12 tu, pegi le kerumah akma ni, nak bertunang ler kata kan. aku ambik ler gambar pakai camera si deb tu. tak best sangat la camera dia, tak clear. Jadi lah tunangnan orang dah si debong nie, berapa ridu tak tau ler hantaran nyer, dengar citer cam 10k serba berdiri. MAti ler kalau betul gitu. Serba berdiri tu dah la nak kena beli barang kemas kat semua tempat yang biasa orang pakai n sepersalinan baju (baju yang mahal la, takkan la nak beli yang murah2). Tapi dengar2 balik, belanja2 tu akan dibincang kemudian.

Petang tu, kita orang pun blaik la dari taiping tu, dalma kul 6 gitu kot, bertolak dari taiping ke kl. tiba kl dalam kul 9 lebih dekat2 pukul 10 la..