Monday, September 11, 2006

kembali ke Temasek...

Ari ni aku kerja, bangun lambat gak despite comel dah kol aku pukul 7.45 pagi suh bangun pegi keja. Tapi sedar2, aning lak yang kejut. " Ehem2 (ni nama aku ler), ko tak keja ke arini??". Soalan dia if dia kejut kan aku. Camner aku tertido balik lepas comel kol aku tu balik pun aku tak pasti. Kul 8.25 dah masa tu.Bangun terus la. pegi mandi....siap2 pegi keja.


BTW, semalam masa aku balik, terkejut gak aku, ingatkan dah salah rumah, tgk2 ada lak sofa set kat ruang tamu rumah aku, dgn aning yang sedang duduk bersenang lenang tgk tv. Pergh, si mat imegresen tu belikan, dari rumah atas, murah je, 2nd. Dalam 280 gitu harganyer, tapi cantik lagi. Si deb yang rasmikan tido atas sofa tu, (dia kena tinggal kat rumah aku lagi malam tadi sebab tak de tiket utk balik ke negeri dia)

And dah la citer pasal sofa tu,so dalam tgh ari aku pegi ler antar si deb, dem and perut pegi ke pudu, masing2 nak amek bas balik negeri. Si deb yang tido umah aku tu, amek lrt dari kg baru, ke ampang park, kat opis aku, memula dia nak tunggu kat stesen je, aku pikup, tapi ada miscommunication lak, aku terus je ke stesen, tapi dia dah sampai ke bawah opis aku, sib baik dengar dia jerit, terpaksa la aku pusing seround.

Pegi ke pudu, and aku rasa la, sempena kedatangan cik miero ke kl nie, (cik miero ni dari negeri dibawah bayu) ramai orang2 kl dah ikut pesen rambut dia. Kat pudu je dah tiga orang yang berambut cam dia. Serius, klu tak sungguh aku tak kata, klu tak tumbuh tak melata. Jgn marah ek cik miero. Your rambut is cantik sekali, Cam megi. Cik miero yang baik hati and soft spoken lady. (lady tau dia nie). Betul la sempena kedatangan dia ke KL ni.

Pas beli2 tiket tu, kita orang berempat, pegi le lunch kat gerai dlm pudu tu, aku tak makan, takut gemok. Tgk "aku" dalam video yang dem amek tu, pegh macam di pam2 lak aku. Tak leh jadi nie, kena jaga makan, kang cam ne la awek2 Marlboro tu nak berkenan kat aku lak. (Jgn marah ek!)

Dah, antar dah dua orang tu kembali ke Tumasek, balik kenegeri dia, moga2 ada umur panjang, ada sumur diladang, kita berjumpa lagi.

Pas tu, aku ngan deb (deb amek bas kul 4 ptg, dia ke negeri Hang tuah je). Pegi cari barang kat kedai barang. Tapi aku ditingglakan kesorangan kat kedai barang tu, sebab deb nak pegi membuang barang. Pas beli barang, aku pun pulang la ke pejabat aku yang di sini. (Boring la gila ari ni, cam mendung je kepla otak fikiran aku) comel ntah kemana lak, tak reti2 nak kol aku kot. (Takper, sayangkan aku, tinggal2kan)

Besi...a matter of life and death (iron maiden's latest)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home