Monday, September 18, 2006

Juara!!!

Perlis juara lagi sekali, pergh.. setelah tiga tahun berturut2 masuk final piala malaysia! Menang dalam perlawanan dgn Kedah pada 2004, with the gol yang kontraversiajaib, "Hand of Jurad", bola throw-in yang terus in kedalam gawang gol Kedah. Kena kutuk teruk, tapi, menang tetap menang. Bola baling lah, bola tampar lah, tapi tak PEDULI, memang tetap menang, and last year kalah dengan Selangor (Indon), yang ada pemain Indon dua orang dan ramai penyokong Selangor versi Indon. Kena berapa, aku tak ingat la.

Tapi tahun ni, 2006, perlis sekali lagi melangkah ke kancah perlawanan akhir Piala Malaysia, and telah menjadi JUARA dengan menewaskan N9. 2 gol berbalas 1, and ketiga2 gol ni adalah bukan dari orang malaysia pun....funny (TAPI tetap perlis Juara)

AKu pegi ambik anak aku petang tu, dari Lenggeng. Bawa dorang pegi tgk bola, pakai baju kaler merah (kaler N9) lagi budak2 dua orang tu. Kengkawan dari kampung aku datang, and dapat la tiket free satu, masuk pun dha kul 7, ujan n jln pun jem skit. Suka si faiz n sofea dalam stadium, orang tepuk, dorangp un tepuk. Heppi dapat masuk stadium n tgk orang yang ramai2. Faiz lagi la, siap berdendang, berjoget ikut irama gendang yang dipalu. Dan terus je cakap perlis..hahahahaha.."ayah nak ayaq..." sebab duduk kat kawasan penyokong perlis, and perlis mendahului...

Abis habis bola tu, balik terus ke rumah, ngantuk kot budak2 tu, dah kul 11 lebih, tido dalam keta tapi sampai rumah, tak terus tido gak, sembang2 ngan Unkel Itam n zul kat rumah plak, citer pasal dorang pegi tgk bola n citer perlis menang.

Faiz: "Perlis menang piala dunia.." memberitahu kepada Unkel Itam...Sofea: " Besar ni..." sambil mengambarkan kebesaran piala itu dengan mendepa tangannya yang masih kecil tu. Suka and gembira, itu yang tergambar, dan aku rasa bukan kerana Perlis juara, tapi kerana dapat bersama-sama dengan ribuan manusia di dalam stadium, dan merasai suasana stadium.

Sofea, pukul 2 lebih baru tido....faiz dah awal lagi, sibuk panas la apa lah, tido tak berbaju dia malam tu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home