Thursday, October 05, 2006

Hai Obat hai Obat, mari beli Obat...

Kan aku dah kata, tak semestinyer panas sentiasa, (ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan ditengahari..) Ari isnin ari tu aku bangun denga cuaca yangbegitu baik sekali, seperti yang kau ceritakan, tapi sejak hari selasa, aku bangun, tgk kl macam kawasan kebakaran, asap je sekeliling kota, jerebu yang teruk. Macam asap, tapi nasib baik baunyer tak teruk cam bau asap.

API (Air Pollutant Index=Indek Pencemaran Udara) kat kl ialah 87(pada 4th Oct 2006), which is moderate tapi moderate2 pun, klu tgk kl tower dari rumah aku, mmg tak nampak. Aku buka pintu rumah aku, patutnyer nampak AKLEH, tapi tak nampak jugak. Kira jarak pengelihatan ialah tak sampai 1km.

Semalam aku cakap nak pegi ambik ubat kat HUKM. So dalam kul 11.30 pagi tu, aku kluar, pegi HUKM, ambik ubat. (Thanks to you Puan Farmasi, yang ngandung 7 bulan, baby pompuan katanya, patut la muka dia nampak berseri2 semacam je). Dapat ler ubat batuk n ubat selsema n ubat tahan sakit. Stok untuk tiga tahun katanya.

Pas ambik ubat tu aku merayap pegi ke TESCO ampang (orang kata TESCO patut boikot, tapi penuh je orang and ramai gak budak2 kita yang kerja situ, so biarlah, pintu rezeki dorang gak). Hajat dihati , nak pegi beli tong air for bilik air rumah aku tu.

Tuan rumah aku dah ambik balik dia punyer tempayan/"guri" teracotta, ntah aper yang best tak tau ler.. tapi macam antik je benda tu, mmg klasik la, kat rumah aku kat kampung pun ada gak la dua tiga cam gitu, yang lama2 punyer tempayan tak macam skrg punyer, ada seni dia. Nanti la ada masa aku ambik la gambar tempayan tu.

Jenjalan kat TESCO tu, takde orang lagi, awal lagi la masa tu, lebih kurang kul 12 gitu, sronok ler aku merayap dalam tu, selesa, pusing tiap aisle. Jeling2 satu awek ni, aku pusing sini, dia ada, aku pusing sana, dia ada (dah keja kat situ, tukang kira stok kot) Last2 aku jeling la tag nama dia, Wahida, hmm nama cam penyanyi ..Muka pun orait la… buleh tahan cute jugak la..Tapi aku buat tak reti je lah, aku teruskan lah dengan pemerayapan aku kat store tu.

Last 2, aku jumpa la tong yang aku nak cari tu, setelah berpusing2 tgk2 barang yang banyak kat store tu (dah nama pun hypermarket) And kat situ jugak ada si wahida ni tgh cek barang aperntah, hmmm peluang, aku pun apa lagi, pegi kat blkg dia, pelan2 aku panggil nama dia, "Cik Wahida…ooo Cik Wahida,…"..
Dia punyer jeling….Tapi ramah la dia, keja TESCO, biasa la, kena ramah..Aku tanya pasal tong tu, ada lagi besar ke tak de..hahahaha ok ler dapat gak aku tegur Cik Wahida tu. Dah setel sembang2 n dia bagi tau dengan ramahnyer, aku pun pusing2 lagi.

Beli ayam lah, udang la skit, sayur skit, barang kering skit, rempah2 skit, then aku pun gerak la balik, orang dah mula nak ramai, dekat kul satu lebih baru aku kluar. Time nak bayar tu, ada sepasang African kat depan, aper kes pun tak tau, lamabat sangat, barang dia amek takde barcode kot, tapi aku malas nak ambik peduli, lepak je kat tepi tu, sambil mata tgk2 barang n orang. Dah pukul satu, orang dah kluar ofis, pegi shop2, ada la gak yang menarik..

Sesekali jeling gak la kat counter tu, sbb lembab sangat, n suwey aku sekali sbb time aku tgk tu, minah african tu, yang pakai baju sleveless tgh angkat tangan, nampak ler ketiak yang ada, ish..tapi cam rambut dia gak ler..jenis pusing2 tu..hahahahah persal la tak shave pun tatau..
Pas aku bayar2, aku belah la, balik ke opis semula. Bawak barang2 basah tu, masuk fridge kat opis aku, kat rumah aku tak de petiais, so aku tinggal la barang yang aku tak nak masak tu kat opis dulu.

And balik rumah tu, aku masak nasi goreng n goreng ayam skit. Jerry, section head aku, bagi satu burger king "whooper". Tapi masa buka posa tu, aku makan kue gak la, tak leh tinggal kue, mmg aku suka lagi berbuka posa dgn kue je. Pastu aku makan skit nasi goreng yang aku goreng, ada sayur, ada ayam. Dah jadi cam nasi goreng minang plak. Telur masak kicap aku semalam tu ada semacam bau skit, so aku buang kuah dia, aku goreng je telur dia balik, orait je jadinyer. Pastu buker dah keletihan sbb makan la plak…Tapi solat jgn lupa…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home