Friday, December 17, 2004

hayatilah....

Ahli Fikir - Samseng
Samseng, samseng, samseng, samseng ini bukan zaman samseng Samseng, samseng, samseng, samseng bukan zaman samseng samseng Samseng, samseng, samseng, samseng tiada tempat untuk samseng Samseng, samseng, samseng, samseng ini bukan cara samseng
Sudah banyak yang ku lihat di depan mata pecah botol pecah gelas pecah kaca pecah kepala cara berkuasa siapa gagah siapa perkasa siapa lagi ramai anggota mana tempat? bila masa? kita jumpa satu lawan satu engkau dengan aku buka butang buka baju gedebak gedebik gedebuk kita tunggu siapa yang akan jatuh dahulu
Yang menang akan jadi abang besar tak perlu gusar kiri kanan sentiasa ada orang jaga bila berjalan kepak mula dibuka jaga jaga jangan cuba merenung mata amaran untuk semua
dunia ini dia yang punya
Dan didepan mu berbaris peluang-peluang tapi tidak mahu pun engkau rebutkan Berderet-deret sasaran namun tidak satu peluru pun engkau lepaskan kerana engkau hanya asyik berjuang Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan
Keberanianmu itu adalah himpunan puluhan anggota bengong yang sibuk melaungkan suku-suku pantun serta cogankata kosong
Keberanianmu itu adalah tubuh-tubuh kaku saudaramu bergelimpangan di simpang-simpang jalan yang telah engkau tewaskan
Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu yang berbinkan dan berbintikan si anu dan si polan terpampang di muka suratdepan ruang ruang koran dipasung kaki dan tangan
Keberanianmu itu adalah anak anak bangsaku dalam satu ikatan berkongsi kandang bergelar...si banduan
Apa yang kan kau dapat hanya sorakan kuat naikkan semangat setelah bertempur hebat engkaulah tuah engkaulah jebat tiada siapa yang akan berani dekat sampai bila kau nak jadi raja membabi buta bukalah mata satu hari kau pasti akan jatuh takhta kehabisan bisa baru kau sedar mana pergi tuah mana hilang jebat mana kata semangat mana kiri kanan gua mana kata bersatu mana isi dan kuku mana sehidup semati mana pergi... argh!! semua janji
Bukan aku hendak mengata tapi sudah nyata semakin bermaharajalela semakin berleluasa satu demi satu bangsa ku menjadi layu gugur di medang perang ciptaan saudara saudara ku bagaimana hendakku jelaskan pada generasi baru dunia maju tapi bukan kita nombor satu dunia serba canggih tapi kita masih menagih dunia pesat membangun tapi kita masih mengelamun salah siapa lain makan nangka lain kena getah lain cari cerita lain jadi mangsa kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga

0 Comments:

Post a Comment

<< Home