Tuesday, January 11, 2005

Al-Fatihah

Al-fatihah kepada roh mak angkat aku yang pergi meninggalkan tempat sementara ini pada tengah ari semalam (10/01/05). Dia pegi dengan tenang walaupun tanpa di duga, mengingatkan kita bahawa maut datang tanpa diundang, bila-bila masa dai akan tiba.

Aku mendapat berita ketika berada bersama comel, yang menemankan aku pegi tgk kereta aku yang hampr siap (yeah..!!) Then dapat je berita tu, aku ajak comel pergi menziarah jenazah di Banting. Thanks comel kerana sudi menemankan. And minta maaf kerana tak sempat nak jumpa dia semasa dia masih hidup, dah berkali-kali aku nak bawak comel jumpa dia tapi tak berkesempatan dan comel hanya dapat jumpa dia setelah dia tak ada.

Sedih, walaupun bukan sedara aku, tapi dia macam mak aku jugak. Mak Kawan aku ni si mail yang kerja ngan aku sama opis dah hampir sepuluh tahun, and belajar sama2 di Kelantan dulu. Kiranya aku kenal mail dan keluarganya hampir sepuluh tahun lebih, leibh kurang 14 tahun. Kira lama jugak ler tu kan.

Last sekali aku jumpa Mak mail ni, masa bulan posa tahun lepas, aku tgh buka posa with my adik, dekat ampang. Aku tegur dia masa tu sbb dai macam tak perasan aku, so sembang2 kejab kat luar kedai tu. And dia tanya aku macam mana aku punya marriage, aku cakap dah habis, perghh kena aku time tu.. kena marah sbb dia dah bagi amaran kat aku dulu.. "Tu la, mak cik dah kata dulu, ko degil, tgk apa dah jadi...". Siap dia suh adik aku jaga aku baik2, sbb dia ingat adik aku tu gf aku.

Hmm, tapi tak per, dah sampai masa dia, redha je. Kesian kat mail and family dia, sbb dorang smeua sayang kat mak dia walaupun mak dia garang.

Aku sampai kat rumah tu lebih kurang pukul 3, tpai jenazah belum sampai, so aku lepak with comel kat dalam keter, tunggu jenazah sampai dari Hospital. Hmm sampai dalam pukul 4, so comel masuk dalam rumah, duduk kat dalam, and layan soalan dari makcik2 yang duduk sebelah dia. And layan anak2 mail yang masih ingat dia, sbb aritu aku pegi umah mail with comel sekali.

Hmm, Al fatihah untuk roh nya..Semoga dicucuri rahmat dan berkat doa anak-anak dan kaum keluarga dan sahabat handai.

Besi
i'm sorry if i hurt you
Thanks Comel...L U

0 Comments:

Post a Comment

<< Home